Intro

Shoutbox

Tuesday, December 30, 2008

PERTANDINGAN CATUR USM TERBUKA KE-15 2008/2009

Tarikh dan Tempat
Acara individu : 10 – 11 Januari 2009
Acara berpasukan : 17 – 18 Januari 2009
Tempat : Dewan Utama Pelajar (DPA dan DP B), Kampus Induk, USM Pulau Pinang.


Hadiah-hadiah:



* Tahun pelajar adalah dikira pada 01 Januari 2009**
Sijil Penyertaan akan diberikan kepada semua peserta Institusi Pengajian Tinggi dan sekolah*** Had bilangan pemain individu: 200 orang sahaja.
Had bilangan pasukan: 66 pasukan sahaja.
• Yuran pendaftaran individu adalah seperti berikut:

PCA member:
UmumRM- 22RM
Institusi pegajian tinggi/ kolejRM- 19
U18/U15 RM- 17RM
U12/U10 RM- 15

Non PCA member:
UmumRM- 27RM
Institusi pegajian tinggi/ kolejRM- 21
U18/U15 RM- 19
U12/U10 RM- 17

• Bilangan pemain dihadkan dalam jumlah 200 orang sahaja.
• Semua pemain adalah tertakluk kepada “National Rating”. Nilai permulaan sebanyak 1200 akan diberikan kepada mereka yang tidak mempunyai “ National Rating”.
• Keputusan arbiter adalah muktamad. Setiap aduan terhadap permainan perlu diserahkan kepada Arbiter kejohanan dalam masa 15 minit selepas pusingan tersebut. Bayaran pemprosesan sebanyak RM50.00 akan dikenakan. Wang ini tidak akan dikembalikan sekiranya aduan tidak berjaya.
• Hadiah-hadiah yang berbentuk wang tunai, piala dan barangan akan disampaikan kepada para pemenang. Barangan tidak boleh ditukarkan kepada wang tunai.
• Panel Rayuan yang terdiri daripada 5 orang pemain akan dilantik sebelum pertandingan dimulakan.
• Masa permainan diperuntukan ialah 40 minit dan masa ’walk-over’ ialah 30 minit. Sekiranya kedua-kedua pemain tidak hadir, maka mereka dianggap kalah. Nama permain yang tidak hadir tanpa sebab akan digugurkan daripada pusingan akan datang.
• Catatan gerakan adalah tidak wajib, tetapi keputusan yang dicatat pada ‘score sheet’ dan ditandatangani oleh kedua-dua pemain adalah muktamad dan arbiter TIDAK akan bertanggungjawab ke atas sebarang kesilapan pemain.
• Sistem pemutus mengikut keutamaan adalah seperti berikut:
o Buchholz
o Berger
o Progress
• Tarikh tutup penyertaan adalah pada 8 Januari 2009. Denda sebanyak RM 5.00 akan dikenakan kepada peserta yang lewat mendaftar.
• Jawatankuasa Penganjur berhak menambah, menolak dan menukar sebarang peraturan sebelum dan semasa pertandingan jika difikirkan perlu.

Acara Berpasukan:

• Yuran pendaftaran:
RM 90.00 sepasukan bagi pelajar sekolah dan institusi pegajian tinggio
RM 70.00 sepasukan bagi pasukan 12 tahun ke bawah
RM 110.00 sepasukan bagi pasukan awam.

• Bilangan pasukan dihadkan dalam jumlah 66 pasukan sahaja.
• Kejohanan ini berdasarkan Peraturan Sistem Swiss FIDE 7 pusingan.
• Semua pemain adalah tertakluk kepada “National Rating”
. Nilai permulaan sebanyak 1200 akan diberikan kepada mereka yang tidak mempunyai “ National Rating”.
• Panel Rayuan yang terdiri daripada 5 orang ketua pasukan akan dilantik sebelum pertandingan dimulakan.
• Keputusan arbiter adalah muktamad. Hanya ketua pasukan dibenarkan membuat bantahan kedapa Panel Rayuan. Setiap aduan terhadap permainan perlu diserahkan kepada Arbiter kejohanan dalam masa 15 minit selepas pusingan tersebut. Bayaran pemprosesan sebanyak RM50.00 akan dikenakan. Wang ini tidak akan dikembalikan sekiranya aduan tidak Berjaya.
• Hadiah-hadiah yang berbentuk wang tunai, piala dan barangan akan disampaikan kepada para pemenang. Barangan tidak boleh ditukarkan kepada wang tunai.
• Masa permainan diperuntukan ialah 45 minit dan masa ’walk-over’ ialah 30 minit. Sekiranya kedua-kedua pemain tidak hadir, maka kedua-dua pemain dianggap kalah.
• Semua pasukan perlu mengisi boring ‘Final Ranking Order’ semasa pendaftaran.
• Pendaftaran rasmi dan penentuan susunan tetap pemain-pemain perlu dibuat sebelum pusingan pertama bermula. Penukaran susunan tetap pemain-pemain tidak dibenarkan selepas pendaftaran rasmi dilakukan.
• Borang ‘Board line up’ bagi 4 orang pemain kedua-dua pasukan perlu diisi kepada pihak arbiter paling lewat 5 minit sebelum setiap pusingan pertandingan bermula. Jika lambat, nama 4 orang pemain teratas dalam boring ‘Final Ranking Order’ akan diambil secara automatic atau didenda masa 10 minit sekiranya peserta masih mahu membuat pilihan sendiri.
• Pasukan yang memberi kemenangan semua papan secara percuma tanpa sebab yang munasabah akan dianggap telah menarik diri.
• Catatan gerakan adalah tidak wajib, tatapi keputusan yang dicatat pada ‘score sheet’ dan ditandatangani oleh kedua-dua pemain adalah muktamad. Para ketua pasukan perlu pastikan keputusan ahli kumpulan pada setiap pusingan adalah betul sebelum tandatangan pada ‘Board line up’ dilakukan. Arbiter TIDAK akan bertanggungjawab ke atas sebarang kesilapan pemain.
• Pemain jemputan mesti sama taraf dengan peserta-peserta dalam pasukan tersebut. Contohnya, pemain jemputan bagi pasukan wanita mesti juga seorang wanita.
• Setiap pasukan mesti terdiri daripada sekurang-kurangnya 4 orang pemain dan tidak boleh melebihi 6 orang pemain. Hanya 4 orang pemain daripada setiap pasukan dibenarkan bermain pada setiap pasukan.
• Penentuan hadiah adalah mengikut jumlah mata permainan. Jika seri, system pemutus berikut dipakai:
a) Jumlah mata perlawanan.
b) Keputusan perlawanan di antara pasukan-pasukan terlibat.
c) Jumlah mata permainan untuk 3 papan pertama.
d) Jumlah mata permainan untuk 2 papan pertama.
e) Jumlah mata permainan untuk papan pertama.
f) Perlawanan catur kilat di antara seorang wakil setiap pasukan yang terlibat.

Hadiah papan adalah mengikut peratusan mata.
Bagi papan 1 hingga papan 4, pemain sekurang-kurangnya bermain 5 permainan manakala bagi papan simpanan pula hanya 4 permainan. Jika seri, system pemutus berikut dipakai:
a) Jumlah mata permainan.
b) Keputusan permainan diantara pemain-pemain yang terlibat.
c) Perlawanan catur kilat di antara pemain-pemain yang terlibat.

• Tarikh tutup penyertaan adalah pada 15 Januari 2009. Denda akan dikenakan sebanyak RM 20.00 kepada peserta yang lewat mendaftar.
• Jawatankuasa Penganjur berhak menambah, menolak dan menukar sebarang peraturan sebelum dan semasa pertandingan jika difikirkan perlu.

Peringatan :1. Pendaftaran hanya sah apabila bayaran telah dibuat.
2. Borong salinan (photostat) boleh diterima.
3. Tarikh tutup penghantaran borang penyertaan adalah pada 8 Januari 2009.
4. Pendaftaran selepas 8 Januari 2009 akan dikenakan denda sebanyak RM5.00.
5. Pembayaran yuran harus dijelaskan dalam masa 9.00am-11.00am, 10 Januari 2009,
kelewatan pembayaran tidak akan dilayan dan kelayakan akan dibatal.
6. Cek/M.O./P.O. Berpalang/Tunai sila buat atas nama: BENDAHARI USM’
7. Sila hantarkan borang penyertaan kepada:
Kelab Bridge dan Catur USM
Pusat Mahasiswa,
11800 Universiti Sains Malaysia,
Pulau Pinang.

Atau melalui email kepada : usm_chess_club@yahoo.com

Detail here:

0 comments: