Intro

Shoutbox

Sunday, January 11, 2009

PERCAK-Persatuan Catur Kedah.

Mesyuarat Agung Kali Pertama Persatuan Catur Kedah akan diadakan pada Sabtu - 24 Januari 2009 Jam 12.00 tengahari.

Tempat : Sekitar Sungai Petani. Tempat pertandingan/ mesyuarat agung dalam perbincangan dan akan dimaklumkan kelak.

Sehubungan itu, pemain dan peminat catur yang berasal/dilahirkan di Negeri Kedah dan/atau bertugas atau pemastautin di Negeri Kedah Darul Aman dijemput hadir untuk menjadi ahli dan bermesyuarat bagi melantik Jawatankuasa Persatuan Catur Kedah.

Sempena mesyuarat tersebut, satu pertandingan catur Kedah Open akan diadakan. Semua hadiah wang tunai dan piala akan disumbangkan/ taja oleh Jaffolea Enterprise.
Pertandingan akan dilangsung dalam 6 pusingan serentak untuk 2 kategori: Kategori Junior untuk peserta bawah 12 tahun dan Kategori Open. Detail hadiah akan diumumkan kemudian.

Tentatif pertandingan.
8.30 pagi Pengesahan penyertaan
9.00 pagi PUSINGAN 1
10.00 pagi PUSINGAN 2
11.00 pagi PUSINGAN 3

12.00 tgh Mesyuarat Agung Kali Pertama
Persatuan Catur Kedah

2.30 petang PUSINGAN 4
3.30 petang PUSINGAN 5
4.30 petang PUSINGAN 6

5.45 petang Majlis Penyampaian Hadiah
Bersurai.

Sumber: Cikgu Ahmad Fuad (019-4208436)

0 comments: