Intro

Shoutbox

Saturday, August 29, 2009

KEJOHANAN CATUR JEMPUTAN UIAM KALI KE-2, 2009


Pusat Sukan dan Rekreasi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) akan menganjurkan Kejohanan Catur Jemputan UIAM Kali Ke-2, 2009 yang akan diadakan pada 17 & 18 Oktober 2009 bertempat di Galeri KAED, UIAM, Gombak. Kejohanan ini terbahagi kepada tiga kategori iaitu Kategori Terbuka, Kategori Bawah 21-tahun dan Kategori Bawah 12-tahun.

Yuran penyertaan adalah seperti berikut:
Kategori Terbuka- RM 30
Kategori Bawah 21 tahun -RM 20
Kategori Bawah 12 tahun-RM 20


Sila buat pra-pendaftaran sebelum tarikh tutup yang dinyatakan. Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi sekretariat kejohanan.

Norsharmila Zabani (03-6196 5393), Ahmad Fadzil Nayan (013-9531278), Nurul Azlina Bakrin (017-4625224).
No. fax: 03-6196 4749 E-mail: alan_ruruka@yahoo.com

PERATURAN KEJOHANAN
*Kejohanan ini tertakluk kepada undang-undang FIDE.
*Setiap kawalan masa untuk satu permainan ialah 25 minit.
*Setiap perubahan pada kawalan masa akan ditentukan oleh Arbiter mengikut jumlah peserta.
*Setiap pemenang hanya tertakluk kepada satu hadiah sahaja.
*Sebarang keputusan adalah muktamad.

keterangan lanjut boleh lawati : Kejohanan Catur Jemputan Uiam 2.

0 comments: