Intro

Shoutbox

Friday, August 21, 2009

Selamat Menyambut Ramadhan

Saya ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan kepada muslimin dan muslimat.
Sama-sama lah kita tingkatkan amalan , dan meninggalkan perkara-perkara yang di tegah oleh Allah. Semoga Ramadhan menjadi titik tolak kepada perubahan yang lebis bagus. Insyaallah harap kita semua dapat berpuasa penuh tahun ini kerana Ramadhan tahun hadapan belum tentu kita akan dapat menempuhinya.

Pengertian puasa:
Takrif puasa dari segi istilah bermaksud menahan diri daripada makan dan minum dan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga terbenam matahari beserta niat

Niat Puasa:
Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

Lafaz:
nawaitu shauma godhin 'an adaai fardli syahri ramadlaani haadzihis sanati lillahi ta'aalaa.

Niat puasa Ramadhan sebulan:
Sahaja aku puasa untuk sebulan pada bulan Ramadhan kerana Allah Taala.

Doa berbuka:
allahumma laka shumtu wa bika amantu wa 'alaa rizqika afthartu birahmatika ya arhamarrohimin

* Lafaz niat dalam tulisan rumi selalunya tidak menepati bahasa arab.

Syarat wajib puasa:
Syarat –syarat wajib berpuasa empat perkara iaitu:
1. Islam : Tidak diwajibkan kepada orang kafir.
2. Baligh: Tidak diwajibkan berpuasa ke atas kanak-kanak yang belum sampai umur baligh. Walau bagaimanapun kanak-kanak digalakkan berpuasa
3. Berakal : Tidak diwajibkan puasa bagi orang gila.
4. Berkemampuan: Tidak wajib berpuasa ke atas orang yang tidak berdaya berpuasa seperti orang sakit, musafir, orang tua dan sebagainya.

Syarat-syarat sah puasa :

Syarat-syarat sah puasa itu enam perkara:

1. Islam: Orang Islam yang sedang berpuasa kemudian ia murtad walaupun sekejap, maka puasanya batal.
2. Berakal: Orang Gila tidak sah puasanya
3. Suci daripada nifas dan haid
4. Masuk waktu puasa
5. Berniat pada setiap malam: Menurut mazhab Imam Malik-memadai dengan sekali niat sahaja iaitu pada malam pertama bulan Ramadhan.
6. Menahan diri daripada sesuatu yang membatalkan puasa.

Rukun Puasa :
1. Orang yang berpuasa
2. Niat
3. Menahan diri daripada sesuatu yang membatalkan puasa

*di ambil dari jabatan mufti selangor:

0 comments: