Intro

Shoutbox

Thursday, September 3, 2009

KEJOHANAN CATUR KEBANGSAAN TERBUKA UUM

KELAB CATUR DAN KARUM

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

06010 Sintok ,Kedah Darul Aman

Tel : 049284000, Fax :049283016

G:\catur\kutipan_dalam_files\Logo_Baru-Rasmi_UUM_01.jpg

Melalui:

Penolong Pengarah Pusat Pembangunan Pelajar Hal Ehwal Pelajar, UUM

Tuan/Puan,

Jemputan Ke Kejohanan Catur Terbuka UUM 2009

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Kelab Catur Dan Karum Universiti Utara Malaysia akan menganjurkan Kejohanan Catur Kebangsaan Terbuka UUM seperti berikut:

Tarikh : Individu-02 Oktober (Di tunda ke suatu tarikh yang akan di maklumkan kelak)

Berpasukan- 09th -10th Oktober 2009

Tempat : Dewan Tan Sri Othman (DTSO), Universiti Utara Malaysia

2. Dengan sukacitanya, pihak penganjur dengan besar hatinya ingin menjemput tuan/puan untuk menyertai kejohanan yang dimaklumkan.

3. Berserta dengan surat ini dilampirkan maklumat-maklumat kejohanan yang lebih terperinci untuk tindakan tuan/puan serta borang penyertaan untuk dilengkapkan.

4. Maklumat lanjut tentang pertandingan ini boleh juga berhubung dengan jawatankuasa berikut:

I)TEH YEONG TARNG 0142486673

II)CHAN SOON TUCK 0124613093

III)BENJAMIN OOI 0125493098

IV)NURASHIKIN 0195237129

5. Dengan ini,diharap pihak tuan/puan akan mempertimbangkan jemputan kami untuk menjayakan kejohanan ini. Segala sokongan pihak tuan/puan amat kami hargai dan didahului dengan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

_____________________

(TEH YEONG TARNG)

Pengerusi

Kelab Catur dan Karom

Universiti Utara Malaysia.

KEJOHANAN CATUR TERBUKA UUM 2009

Peraturan dan syarat Pertandingan

ACARA BERPASUKAN

  1. Kejohanan ini berasaskan umdang-undang catur Persekutuan Catur Dunia(FIDE) dan akan dijadualkan secara swiss 7 pusingan. Keputusan panel arbiter semasa pertandingan adalah muktamad.
  2. Pemain-pemain kejohanan ini adalah terdiri daripada orang awam dan pelajar (termasuk pelajar sekolah rendah, sekolah menengah, kolej, institusi dan universiti)
  3. Kejohanan ini secara berpasukan, iaitu setiap pasukan mestilah terdiri daripada sekurang-kurang 4 orang pemain utama dan dimana 2 orang permain simpanan.Hanya 4 orang pemain daripada setiap pasukan dibenarkan bermain pada setiap pusingan.
  4. Pendaftaran rasmi dan penentuan aturan tetap pemain-pemain perlu dibuat sebelum pusingan pertama bermula.Pertukaran aturan tetap pemain-pemain tidak dibenarkan selepas pendaftaran rasmi dilakukan apabila pusingan pertama dimulakan .
  5. Yuran bagi kejohanan berpasukan ini adalah RM80 bagi 4 orang pemain, Tarikh tutup penyertaan adalah 2 oktober 2009.(Terhad kepada 50 pasukan sahaja)
  6. Butiran tentang kejohanan ini adalah seperti berikut:

A)Tempat : Dewan Tan Sri Othman (DTSO) Universiti Utara Malaysia

B)Aturcara Pertandingan

09 Oktober 2009 (Jumaat)

9.00am-10.00am : Pendaftaran

10.30am-12.00pm : Pusingan Pertama

3.00pm-4.30pm : Pusingan kedua

5.00pm-6.30pm : Pusingan ketiga

10 Oktober 2009 (Sabtu)

9.00am-10.30am : Pusingan keempat

11.00am-12.30pm : Pusingan kelima

2.00pm-3.30pm : Pusingan keenam

4.00pm-5.30pm : Pusingan Ketujuh

6.00pm-6.30pm : Upacara Penutup dan Penyampaian Hadiah

6.30pm : Bersurai

  1. Hanya ketua pasukan dibenarkan membuat bantahan kepada Panel Rayuan. Setiap bantahan mesti dibuat secara bertulis dan diserahkan kepada Arbiter Kejohanan atau wakilnya dalam tempoh 30 minit selepas tamatnya setiap pusingan. Setiap bantahan hendaklah berserta bayaran RM50 sebelum ia diberi pertimbangan.Wang tersebut tidak akan dikembalikan sekiranya bantahan tidak berjaya.Keputusan panel rayuan adalah muktamad.
  2. Masa yang diperuntukan untuk setiap pusingan adalah 90 minit iaitu 45 minit bagi setiap pemain dan masa ”walkover” ialah 20 minit. Sekiranya kedua-dua pemain tidak hadir, kedua-duanya akan dianggap kalah.
  3. Kemudahan penginapan dalam kampus akan disediakan oleh pihak penganjur, khususnya bagi peserta dari luar negeri kedah. Yuran penginapan akan dikenakan dan haruslah diberitahu kepada yee kiat (0125998347) pada 2 oktober atau sebelumnya.
  4. Kod etika pemakaian mesti dipatuhi dengan ketat semasa berlangsung kejohanan catur tersebut .Pakaian mestilah kemas. (selipar dan seluar pendek adalah dilarang).
  5. Sistem pemutus mengikut keutamaan adalah seperti berikut:
  1. Game Point
  2. Match Point
  3. Solkoff
  4. Personal Encounter
  5. Board down performan

  1. Hadiah-hadiah adalah seperti berikut:

Hadiah pertama :RM700 +Sijil+Medal

Kedua :RM600 +Sijil+Medal

Ketiga :RM500 +Sijil+Medal

Keempat :RM400 +Sijil+Medal

Kelima :RM300 +Sijil+Medal

Keenam :RM200 +Sijil

Ketujuh :RM100 +Sijil

Kelapan :RM100 +Sijil

Kesembilan :RM50 +Sijil

Kesepuluh :RM50 +Sijil

Hadiah Pasukan Terbaik: Organisasi Awam ,Institusi Pengajian Tinggi, Wanita, Sekolah, 12 dan 18 tahun kebawah

Hadiah papan terbaik : Papan Pertama, Kedua ,Ketiga,Keempat , Kelima dan Keenam

  1. Setiap peserta akan diberi sijil penyertaan.
  2. Bagi sekolah terbaik, guru dan pelajar boleh bermain bersama-sama dan mesti daripada sekolah yang sama. Sekiranya didapati sebarang penipuan dan pemalsuan maklumat, maka pihak penganjur berhak membatalkan pertandingan tersebut.
  3. Bagi papan terbaik, pemain papan 1 hingga papan 4 perlu bermain sekurang-kurangnya 5 pusingan manakala pemain papan 5 dan 6 sekurang-kurang 3 pusingan.Bagi papan terbaik 5 dan 6, pengiraan adalah seperti berikut (1)Percentage ,(2)No.of win, (3)Personal Enounter ,(4) Individual/team , (5) play off (Blist-2 game)
  4. Jawatankuasa pengelola berhak mengubah dan menambah sebarang peraturan sebelum dan semasa kejohanan berlangsung tanpa sebarang notis. Keputusan arbiter adalah muktamad.
  5. Semua penyertaan atau pertanyaan boleh dialamatkan kepada :

TEH YEONG TARNG (110989)

14B 329, Dewam Penginapan Pelajar,

Yayasan Albukhary,

Universiti Utara Malaysia,

06010,Sintok,Kedah Darul Aman

Tarikh tutup penyertaan berserta yuran : 2 Oktober 2009

Untuk keterangan lanjut dan download borang sila lewati : Kejohanan Catur Kebangsaan Terbuka UUM

0 comments: