Intro

Shoutbox

Tuesday, September 8, 2009

LIGA CATUR JATI MINDA

LIGA CATUR JATI MINDA

Semua institusi di jemput untuk mengambil bahagian dalam pertandingan Liga Catur Jati Minda 2010 yang akan bermula pada bulan Januari ini.
Syarat penyertaan :-
1. Penyertaan hanya terbuka kepada INSTITUTUSI yang berdaftar dengan mana-mana agensi pendaftaran awam yang meliputi jabatan kerajaan, badan berkanun, institusi pendidikan, institusi kewangan, badan professional, syarikat yang berdaftar dengan SSM serta persatuan yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan.
2. Sebuah institusi boleh mendaftar satu atau lebih pasukan.
3. Sebuah pasukan hendaklah mengandungi tiga orang pemain dan/atau Dua orang pemain simpanan (reserve).
4. Setiap pemain dalam sesebuah pasukan hendaklah merupakan staf atau ahli yang sah bagi institusi mana yang beliau wakili, kecuali seorang yang dirujuk sebagai pemain import.
5. Perlawanan akan dijalankan pada setiap hari Selasa jam 7.00 pm hingga 10.00 pm bertempat di Dewan KLBraille, Batu Tiga Jalan Gombak, Kuala Lumpur.
6. Sistem pertandingan serta lain-lain maklumat akan dimaklumkan kemudian (TERTAKLUK KEPADA PENYERTAAN)
7. Yuran Penyertaan: RM 500.00 untuk Satu Pasukan.
8. HADIAH:
* RM 3000.00 serta piala pusingan
* RM 2000.00
* RM 1000.00
*Hadiah Saguhati Istimewa.

Borang pendaftaran hendaklah sampai kepada pihak penganjur tidak lewat dari 1 Disember 2009.
ALAMAT: Jati Minda Enterprise, 134 - A Jalan 1/50A, Gombak Batu Tiga,
53000 Kuala Lumpur.
TEL: 03 40220045. FAX: 03-40220046. MOBILE (SMS): 013 3905764
Email: klbraille09@yahoo.com

0 comments: