Intro

Shoutbox

Saturday, January 23, 2010

Mesyuarat Ahli Jawatan Kuasa Percak 2010/2011

Pada 23/01/2010 bertempat di Radix FC , Bandar Laguna Merbok, Sungai Petani telah diadakan mesyuarat untuk jawatan kuasa PERCAK ( Persatuan Catur Kedah) 2010/2011. Perkara-perkara yang dibincangkan:

1- Melantik Ahli Jawatankuasa Percak 2010/2011:

  • Presiden- En. Yahaya Ahmad
  • Naib Presiden- En. Ahmad Fuad
  • Bendahari- Cikgu Rahman
  • AJK: En Amri Ibni Hajar & En. Alias Hanafi
2- Berbincang mengenai pertandingan yang akan dibuat oleh Percak
  • Pertronas Fertilizer Gurun ( March 2010)
  • Giant Kulim ( Mei 2010)
  • MRSM Merbok
  • Selection untuk National Closed 2010
  • Inter-state Chess Champioship
  • Kedah Closed
3- Menghantar pasukan memasuki pertandingan'
  • USM Team Event ( 30 & 31 Jannuari)
  • UTP Open  (21 Februari 2010)
Selain dari perkara-perkara diatas turut dibincangkan mengenai keahlian Percak. Keahlian Percak di buka kepada semua peminat-peminat catur dengan mendaftar kepada Percak, yuran yang di kenakan sebanyak RM30.00 . Keistimewaan menjadi ahli ialah, diskaun apabila menyertai mana-mana pertandingan yang di anjurkan oleh PERCAK. Ahli-ahli berkemungkinan menyertai rombongan Percak ke pertandingan-pertandingan luar dari Kedah ( cth: Penang, KL, Selangor , Bangkok dll)
Perkara-perkara lain yang dibincangkan ialah mengenai catur dalam MSSM ( Kemungkinan besar dapat dimasukkan kembali dalam kalendar MSSM sekiranya mempunyai dana yang cukup).
Tuan Presiden juga turut memberitahu mengenai pertandingan-pertandingan National Rated perlu kelulusan dari MCF terlebih dahulu ( pemohonan sebulan awal dari tarikh kejohanan) dan tuan presiden sendiri ditugaskan oleh MCF untuk menguruskan aktiviti catur di wilayah utara ( Perlis, Kedah, P.Pinang dan Perak). Pertandingan-pertandingan National Rated di utara perlu dirujuk kepada Encik Yahya terlebih dahulu. Berita-berita lanjut mengenai Percak boleh lawati Blog Percak : http://percak.blogspot.com/

0 comments: