Intro
Shoutbox
Monday, September 7, 2009
KL Open Chess Championship 2009 result and pairing by chess-result
Posted by Unknown at 9:49 AM 0 comments
Labels: KL Open
Thursday, September 3, 2009
KEJOHANAN CATUR KEBANGSAAN TERBUKA UUM
KELAB CATUR DAN KARUM
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
06010 Sintok ,Kedah Darul Aman
Tel : 049284000, Fax :049283016
Melalui:
Penolong Pengarah Pusat Pembangunan Pelajar Hal Ehwal Pelajar, UUM
Tuan/Puan,
Jemputan Ke Kejohanan Catur Terbuka UUM 2009
Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Kelab Catur Dan Karum Universiti Utara Malaysia akan menganjurkan Kejohanan Catur Kebangsaan Terbuka UUM seperti berikut:
Tarikh : Individu-02 Oktober (Di tunda ke suatu tarikh yang akan di maklumkan kelak)
Berpasukan- 09th -10th Oktober 2009
Tempat : Dewan Tan Sri Othman (DTSO), Universiti Utara Malaysia
2. Dengan sukacitanya, pihak penganjur dengan besar hatinya ingin menjemput tuan/puan untuk menyertai kejohanan yang dimaklumkan.
3. Berserta dengan surat ini dilampirkan maklumat-maklumat kejohanan yang lebih terperinci untuk tindakan tuan/puan serta borang penyertaan untuk dilengkapkan.
4. Maklumat lanjut tentang pertandingan ini boleh juga berhubung dengan jawatankuasa berikut:
I)TEH YEONG TARNG 0142486673
II)CHAN SOON TUCK 0124613093
III)BENJAMIN OOI 0125493098
IV)NURASHIKIN 0195237129
5. Dengan ini,diharap pihak tuan/puan akan mempertimbangkan jemputan kami untuk menjayakan kejohanan ini. Segala sokongan pihak tuan/puan amat kami hargai dan didahului dengan ribuan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
Yang menjalankan tugas,
_____________________
(TEH YEONG TARNG)
Pengerusi
Kelab Catur dan Karom
Universiti Utara Malaysia.
KEJOHANAN CATUR TERBUKA UUM 2009
Peraturan dan syarat Pertandingan
ACARA BERPASUKAN
- Kejohanan ini berasaskan umdang-undang catur Persekutuan Catur Dunia(FIDE) dan akan dijadualkan secara swiss 7 pusingan. Keputusan panel arbiter semasa pertandingan adalah muktamad.
- Pemain-pemain kejohanan ini adalah terdiri daripada orang awam dan pelajar (termasuk pelajar sekolah rendah, sekolah menengah, kolej, institusi dan universiti)
- Kejohanan ini secara berpasukan, iaitu setiap pasukan mestilah terdiri daripada sekurang-kurang 4 orang pemain utama dan dimana 2 orang permain simpanan.Hanya 4 orang pemain daripada setiap pasukan dibenarkan bermain pada setiap pusingan.
- Pendaftaran rasmi dan penentuan aturan tetap pemain-pemain perlu dibuat sebelum pusingan pertama bermula.Pertukaran aturan tetap pemain-pemain tidak dibenarkan selepas pendaftaran rasmi dilakukan apabila pusingan pertama dimulakan .
- Yuran bagi kejohanan berpasukan ini adalah RM80 bagi 4 orang pemain, Tarikh tutup penyertaan adalah 2 oktober 2009.(Terhad kepada 50 pasukan sahaja)
- Butiran tentang kejohanan ini adalah seperti berikut:
A)Tempat : Dewan Tan Sri Othman (DTSO) Universiti Utara Malaysia
B)Aturcara Pertandingan
09 Oktober 2009 (Jumaat)
9.00am-10.00am : Pendaftaran
10.30am-12.00pm : Pusingan Pertama
3.00pm-4.30pm : Pusingan kedua
5.00pm-6.30pm : Pusingan ketiga
10 Oktober 2009 (Sabtu)
9.00am-10.30am : Pusingan keempat
11.00am-12.30pm : Pusingan kelima
2.00pm-3.30pm : Pusingan keenam
4.00pm-5.30pm : Pusingan Ketujuh
6.00pm-6.30pm : Upacara Penutup dan Penyampaian Hadiah
6.30pm : Bersurai
- Hanya ketua pasukan dibenarkan membuat bantahan kepada Panel Rayuan. Setiap bantahan mesti dibuat secara bertulis dan diserahkan kepada Arbiter Kejohanan atau wakilnya dalam tempoh 30 minit selepas tamatnya setiap pusingan. Setiap bantahan hendaklah berserta bayaran RM50 sebelum ia diberi pertimbangan.Wang tersebut tidak akan dikembalikan sekiranya bantahan tidak berjaya.Keputusan panel rayuan adalah muktamad.
- Masa yang diperuntukan untuk setiap pusingan adalah 90 minit iaitu 45 minit bagi setiap pemain dan masa ”walkover” ialah 20 minit. Sekiranya kedua-dua pemain tidak hadir, kedua-duanya akan dianggap kalah.
- Kemudahan penginapan dalam kampus akan disediakan oleh pihak penganjur, khususnya bagi peserta dari luar negeri kedah. Yuran penginapan akan dikenakan dan haruslah diberitahu kepada yee kiat (0125998347) pada 2 oktober atau sebelumnya.
- Kod etika pemakaian mesti dipatuhi dengan ketat semasa berlangsung kejohanan catur tersebut .Pakaian mestilah kemas. (selipar dan seluar pendek adalah dilarang).
- Sistem pemutus mengikut keutamaan adalah seperti berikut:
- Game Point
- Match Point
- Solkoff
- Personal Encounter
- Board down performan
- Hadiah-hadiah adalah seperti berikut:
Hadiah pertama :RM700 +Sijil+Medal
Kedua :RM600 +Sijil+Medal
Ketiga :RM500 +Sijil+Medal
Keempat :RM400 +Sijil+Medal
Kelima :RM300 +Sijil+Medal
Keenam :RM200 +Sijil
Ketujuh :RM100 +Sijil
Kelapan :RM100 +Sijil
Kesembilan :RM50 +Sijil
Kesepuluh :RM50 +Sijil
Hadiah Pasukan Terbaik: Organisasi Awam ,Institusi Pengajian Tinggi, Wanita, Sekolah, 12 dan 18 tahun kebawah
Hadiah papan terbaik : Papan Pertama, Kedua ,Ketiga,Keempat , Kelima dan Keenam
- Setiap peserta akan diberi sijil penyertaan.
- Bagi sekolah terbaik, guru dan pelajar boleh bermain bersama-sama dan mesti daripada sekolah yang sama. Sekiranya didapati sebarang penipuan dan pemalsuan maklumat, maka pihak penganjur berhak membatalkan pertandingan tersebut.
- Bagi papan terbaik, pemain papan 1 hingga papan 4 perlu bermain sekurang-kurangnya 5 pusingan manakala pemain papan 5 dan 6 sekurang-kurang 3 pusingan.Bagi papan terbaik 5 dan 6, pengiraan adalah seperti berikut (1)Percentage ,(2)No.of win, (3)Personal Enounter ,(4) Individual/team , (5) play off (Blist-2 game)
- Jawatankuasa pengelola berhak mengubah dan menambah sebarang peraturan sebelum dan semasa kejohanan berlangsung tanpa sebarang notis. Keputusan arbiter adalah muktamad.
- Semua penyertaan atau pertanyaan boleh dialamatkan kepada :
TEH YEONG TARNG (110989)
14B 329, Dewam Penginapan Pelajar,
Yayasan Albukhary,
Universiti Utara Malaysia,
06010,Sintok,Kedah Darul Aman
Tarikh tutup penyertaan berserta yuran : 2 Oktober 2009
Untuk keterangan lanjut dan download borang sila lewati : Kejohanan Catur Kebangsaan Terbuka UUM
Posted by Unknown at 1:29 AM 0 comments
Labels: UUM
Saturday, August 29, 2009
KEJOHANAN CATUR JEMPUTAN UIAM KALI KE-2, 2009
Pusat Sukan dan Rekreasi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) akan menganjurkan Kejohanan Catur Jemputan UIAM Kali Ke-2, 2009 yang akan diadakan pada 17 & 18 Oktober 2009 bertempat di Galeri KAED, UIAM, Gombak. Kejohanan ini terbahagi kepada tiga kategori iaitu Kategori Terbuka, Kategori Bawah 21-tahun dan Kategori Bawah 12-tahun.
Yuran penyertaan adalah seperti berikut:
Kategori Terbuka- RM 30
Kategori Bawah 21 tahun -RM 20
Kategori Bawah 12 tahun-RM 20
Sila buat pra-pendaftaran sebelum tarikh tutup yang dinyatakan. Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi sekretariat kejohanan.
Norsharmila Zabani (03-6196 5393), Ahmad Fadzil Nayan (013-9531278), Nurul Azlina Bakrin (017-4625224).
No. fax: 03-6196 4749 E-mail: alan_ruruka@yahoo.com
PERATURAN KEJOHANAN
*Kejohanan ini tertakluk kepada undang-undang FIDE.
*Setiap kawalan masa untuk satu permainan ialah 25 minit.
*Setiap perubahan pada kawalan masa akan ditentukan oleh Arbiter mengikut jumlah peserta.
*Setiap pemenang hanya tertakluk kepada satu hadiah sahaja.
*Sebarang keputusan adalah muktamad.
keterangan lanjut boleh lawati : Kejohanan Catur Jemputan Uiam 2.
Posted by Unknown at 6:32 PM 0 comments
Labels: UIA
Friday, August 28, 2009
AmBank Malaysian Challenge Result
Posted by Unknown at 9:22 AM 0 comments
Labels: Ambank Malaysian Challenge 2009
Friday, August 21, 2009
DATMO 2009 and AmBank Malaysian Challenge
DATMO 2009 and AmBank Malaysian Challenge start tomorrow (22/08/2009) at Bintang Ballroom, CitiTel Mid Valley. As usual, Andrew a.k.a Gilachess will make full coverrage for both tournament. We waiting for ur update Gilachess.
For more info can visit this website:
http://blog.gilachess.com/
http://datmo.net/
http://datcc.net/
DATMO 2009 R1 pairing
AmBank Malaysian Challenge R1 Pairing
Posted by Unknown at 11:46 AM 0 comments
Labels: DATMO2009
Selamat Menyambut Ramadhan
Saya ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan kepada muslimin dan muslimat.
Sama-sama lah kita tingkatkan amalan , dan meninggalkan perkara-perkara yang di tegah oleh Allah. Semoga Ramadhan menjadi titik tolak kepada perubahan yang lebis bagus. Insyaallah harap kita semua dapat berpuasa penuh tahun ini kerana Ramadhan tahun hadapan belum tentu kita akan dapat menempuhinya.
Pengertian puasa:
Takrif puasa dari segi istilah bermaksud menahan diri daripada makan dan minum dan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga terbenam matahari beserta niat
Niat Puasa:
Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.
Lafaz:
nawaitu shauma godhin 'an adaai fardli syahri ramadlaani haadzihis sanati lillahi ta'aalaa.
Niat puasa Ramadhan sebulan:
Sahaja aku puasa untuk sebulan pada bulan Ramadhan kerana Allah Taala.
Doa berbuka:
allahumma laka shumtu wa bika amantu wa 'alaa rizqika afthartu birahmatika ya arhamarrohimin
* Lafaz niat dalam tulisan rumi selalunya tidak menepati bahasa arab.
Syarat wajib puasa:
Syarat –syarat wajib berpuasa empat perkara iaitu:
1. Islam : Tidak diwajibkan kepada orang kafir.
2. Baligh: Tidak diwajibkan berpuasa ke atas kanak-kanak yang belum sampai umur baligh. Walau bagaimanapun kanak-kanak digalakkan berpuasa
3. Berakal : Tidak diwajibkan puasa bagi orang gila.
4. Berkemampuan: Tidak wajib berpuasa ke atas orang yang tidak berdaya berpuasa seperti orang sakit, musafir, orang tua dan sebagainya.
Syarat-syarat sah puasa :
Syarat-syarat sah puasa itu enam perkara:
1. Islam: Orang Islam yang sedang berpuasa kemudian ia murtad walaupun sekejap, maka puasanya batal.
2. Berakal: Orang Gila tidak sah puasanya
3. Suci daripada nifas dan haid
4. Masuk waktu puasa
5. Berniat pada setiap malam: Menurut mazhab Imam Malik-memadai dengan sekali niat sahaja iaitu pada malam pertama bulan Ramadhan.
6. Menahan diri daripada sesuatu yang membatalkan puasa.
Rukun Puasa :
1. Orang yang berpuasa
2. Niat
3. Menahan diri daripada sesuatu yang membatalkan puasa
*di ambil dari jabatan mufti selangor:
Posted by Unknown at 11:43 AM 0 comments
Sunday, August 16, 2009
Kedah Open & Syuen Gran Prix result
I'm not joining both event :Kedah Open Rapid Siri-3 and Syuen Grand Prix result. Result taken from other website :
Kedah Open Rapid Siri 3: (result form syedchess blog)
Mr Bastiar is new Kedah Open Siries 3 , result as below :
Syuend Grand Prix:
Tan Khai Boon from Penang is the champion, 1/2 point ahead of 4 other player(Ian Udani,Loo Swee Leong, Kamaluddin and Anthony).
Full result of Syuen Grand Prix ( result from PICA website):
OPEN - Final Ranking
OPEN - Table Tie-Breaks
U15 - Result
U15 - Cross Table
U12 - Result
U12 - Cross Table
Posted by Unknown at 8:28 PM 0 comments
Labels: Tournament Result
Saturday, August 8, 2009
Pertandiangan Catur Terbuka Kedah Siri ke-3
MARILAH SAMA-SAMA KITA SERTAI PERTANDINGAN CATUR TERBUKA KEDAH SIRI KE-3 YANG AKAN DIADAKAN PADA HARI SABTU INI. KESELURUHAN HADIAH YANG DITAWARKAN DALAM BENTUK WANG TUNAI SEBANYAK RM 1610.00.
Posted by Unknown at 9:46 AM 0 comments
Labels: kEDAH
Thursday, August 6, 2009
Sergey Karjakin married.

Posted by Unknown at 7:37 AM 0 comments
Tuesday, August 4, 2009
Kedah Open Siri 2
Di tunda ke 15/08/2009
Saya ada terbaca dalam chess-malaysia@yahoogroups.com , ada tournament baru akan diadakan sebelum Ramadhan ini yang di hantar oleh Cikgu Fuad. Apa yang ditulis oleh Cikgu Fuad seperti di bawah:
Berita Urgent/Panas untuk peminat catur di Kedah khasnya dan di Utara amnya:
Kerana kesuntukan masa tetapi untuk merebut peluang sebelum aktiviti catur rehat sempena kedatangan bulan ramadhan, sukacita dimaklumkan bahawa Jaffolea Enterprise sekali lagi akan menganjurkan pertandingan catur Kedah Open Siri 2 seperti ketetapan berikut:
Tarikh: Sabtu ini, 8.8.2009
Tempat: Guar Chempedak, Kedah
Hadiah Utama/Johan Open : Tidak kurang RM300
Detail akan diupload esok petang selepas diconfirm tempat dan senarai hadiah. Pohon war-warkan kepada semua peminat dan kerjasama rakan blogger amatlah diharapkan bagi menjayakan aktiviti ini. Terima kasih.
Ahmad Fuad b Othman.
Harap Cikgu Fuad dapat memberi details pertandingan tersebut secepat mungkin.
Posted by Unknown at 8:11 AM 0 comments
Labels: Upcoming Tournament








