KEJOHANAN CATUR TERBUKA MRSM MERBOK 2010
ANJURAN MRSM MERBOK DAN TAJAAN BERSAMA JAFFOLEA CHESS CLUB
Tarikh : 20 Februari 2010
Tempat : Dewan Serbaguna Maktab Rendah Sains MARA Merbok, Kedah Darul Aman
Hadiah-hadiah:
Kategori Individu (Terbuka)
Tempat Pertama : RM 150.00 + Medal + Sijil Penyertaan
Tempat Kedua : RM 100.00 + Medal + Sijil Penyertaan
Tempat Ketiga : RM50 +Medal+ Sijil Penyertaan
Tempat Keempat : Hamper +Medal+ Sijil Penyertaan
Tempat Kelima : Hamper +Medal+ Sijil Penyertaan
Tempat Keenam : Hamper +Medal+ Sijil Penyertaan
Tempat Ketujuh : Hamper +Medal+ Sijil Penyertaan
Tempat Kelapan : Hamper +Medal+ Sijil Penyertaan
Tempat Kesembilan : Hamper +Medal+ Sijil Penyertaan
Tempat Kesepuluh : Hamper +Medal+ Sijil Penyertaan
Kategori Terbaik Bawah 16
Tempat Pertama : RM 100.00 + Medal + Sijil Penyertaan
Tempat Kedua : RM50.00 +Medal+ Sijil Penyertaan
Tempat Ketiga : Hamper +Medal+ Sijil Penyertaan
Kategori Terbaik Bawah 12
Tempat Pertama : RM 60.00 + Medal + Sijil Penyertaan
Tempat Kedua : RM40.00 +Medal+ Sijil Penyertaan
Tempat Ketiga : Hamper + Medal+Sijil Penyertaan
Terbaik Wanita (Bawah 12):Hamper+Medal
Terbaik Wanita (Terbuka) :Hamper+Medal
Cara Membuat Pendaftaran
Semua peserta boleh mendaftar melalui SMS (Khidmat Pesanan Ringkas)
Taipkan : Nama Penuh ,Umur ,Jantina dan hantar ke 0176263768 atau 0132809176
Contoh : Ali Bin Ahmad 16 Lelaki
Jika ingin mendaftar lebih dari seorang, letakkan kurungan bagi setiap nama.
Contoh: (Ali Bin Ahmad 16 Lelaki) (Haminah Bt Ahmad 13 Perempuan)
Tentatif program
Acara Individu
20 Februari 2010 (Sabtu)
0800 - 0915 Pendaftaran
0915 - 0930 Taklimat Pertandingan
0930 – 1030 Pusingan Pertama
1045 – 1145 Pusingan Kedua
1200 - 1300 Pusingan Ketiga
1300 – 1400 Rehat
1400 –1500 Pusingan Keempat
1515 – 1615 Pusingan Kelima
1630 – 1730 Pusingan Keenam
1745 – 1800 Majlis Penyampaian Hadiah & Penutupan
Kejohanan
Peraturan Pertandingan
• Kejohanan ini berdasarkan Peraturan Sistem Swiss FIDE 6 pusingan.
• Yuran pendaftaran adalah seperti berikut:
Terbuka : RM10 seorang
Pelajar Sekolah Menengah : RM5 seorang
Pelajar Sekolah Rendah : RM 3 seorang
Yuran Penyertaan hanya perlu dibayar pada hari kejohanan.
Tarikh tutup pendaftaran ialah 19 FEBRUARI 2010. (Daftar dahulu, yuran bayar kemudian pada hari pertandingan)
• Bilangan pemain dihadkan dalam jumlah 200 orang sahaja.
• Keputusan arbiter adalah muktamad. Setiap aduan terhadap permainan perlu diserahkan kepada arbiter kejohanan dalam masa 15 minit selepas pusingan tersebut. Bayaran pemprosesan sebanyak RM50.00 akan dikenakan. Wang ini tidak akan dikembalikan sekiranya aduan tidak berjaya.
• Hadiah-hadiah yang berbentuk wang tunai, piala dan barangan akan disampaikan kepada para pemenang. Barangan tidak boleh ditukarkan kepada wang tunai.
• Panel Rayuan yang terdiri daripada 5 orang pemain akan dilantik sebelum pertandingan dimulakan.
• Masa permainan diperuntukan ialah 25 minit dan masa ’walk-over’ ialah 15 minit. Sekiranya kedua-kedua pemain tidak hadir, maka mereka dianggap kalah. Nama permain yang tidak hadir tanpa sebab akan digugurkan daripada pusingan akan datang.
• Catatan gerakan adalah tidak wajib, tetapi keputusan yang dicatat pada ‘score sheet’ dan ditandatangani oleh kedua-dua pemain adalah muktamad dan arbiter TIDAK akan bertanggungjawab ke atas sebarang kesilapan pemain.
• Jawatankuasa Penganjur berhak menambah, menolak dan menukar sebarang peraturan sebelum dan semasa pertandingan jika difikirkan perlu.
Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada :
Cikgu Putra (0176263768) atau email cikguputra@gmail.com
Atau layari http://www.mrsmmerbok.com/
0 comments:
Post a Comment