Intro

Shoutbox

Wednesday, June 30, 2010

PERLIS OPEN CHESS TEAM EVENT 2010













Perlis Chess Academy dengan kerjasama Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Perlis (MSSPs) dan Persatuan Catur Prestij Perlis akan menganjurkan Perlis Open Chess Team Event 2010 pada 24 Julai 2010 (Sabtu) bertempat di Dewan Sekolah Menengah Putra, Kangar Perlis. Setiap pasukan akan mengandungi 3 pemain (tiada simpanan). Kawalan masa permainan adalah selama 30 minit bagi setiap pemain sebanyak 7 pusingan.
Hadiah Utama
Johan
RM500
Naib Johan
RM200
Ke-3
RM150
Ke-4
RM150

Hadiah Khas
Terbaik Jabatan/Syarikat
RM100
Terbaik Sekolah Menengah
RM100
Terbaik IPT
RM100
Terbaik Sekolah Rendah
RM100

Minima penyertaan sekurang-kurangnya pasukan dari setiap kategori mengambil bahagian bagi melayakkan kategori di atas dipertandingkan.

Hadiah Papan Terbaik
Best Board 1
RM50
Best Board 2
RM50
Best Board 3
RM50

Yuran Penyertaan
Pasukan Sekolah/IPT (Perlis & Luar Perlis)
RM30
Pasukan Senior (Perlis)
RM50
Pasukan Senior (Luar Perlis)
RM70

Penyertaan adalah terhad kepada 70 pasukan terawal sahaja!!!

Jadual Pertandingan
Masa
Butiran
7.30 pagi – 8.00 pagi
Pendaftaran pemain
8.15 pagi – 9.15 pagi
Pusingan 1
9.30 pagi – 10.30 pagi
Pusingan 2
10.45 pagi – 11.45 pagi
Pusingan 3
12.00 tengahari – 1.00 tengahari
Pusingan 4
1.00 tengahari – 2.00 petang
Rehat
2.00 petang – 3.00 petang
Pusingan 5
3.15 petang – 4.15 petang
Pusingan 6
4.30 petang – 5.30 petang
Pusingan 7
5.45 petang – 6.15 petang
Penyampaian Hadiah

Kriteria Pasukan Perlis (Sekolah/IPT/Senior)
Bagi membolehkan sesebuah pasukan itu mendapat penarafan pasukan dari Perlis, semua anggota pasukan hendaklah memenuhi salah satu daripada kriteria-kriteria berikut:-
  1. Dilahirkan di negeri Perlis. Digit ke 7 dan ke 8 (kod negeri) pada kad pengenalan pemain mestilah 09.
  2. Bermastautin di negeri Perlis pada tarikh kejohanan.
  3. Bertugas di negeri Perlis pada tarikh kejohanan. Sila nyatakan tempat bertugas sewaktu menyempurnakan pendaftaran secara on-line.
  4. Sedang menuntut di negeri Perlis pada tarikh kejohanan.

Pendaftaran Awal : Cara Untuk Mendaftar
Sila ikuti langkah-langkah berikut untuk mendaftar:-
1.      Kreditkan bayaran yuran penyertaan ke akaun CIMB no. 0902-0136677-52-6 (SYAIFULZAMANI BIN ISMAIL). Simpan resit transaksi untuk rujukan sekiranya diperlukan oleh penganjur.
2.      SMSkan Nama Pasukan, Nama Anggota-Anggota Pasukan, Tarikh Bayaran, masa Bayaran dan Jumlah Bayaran ke 013-3939838.
3.      Selepas lima (5) hari, layari kembali laman web http://chessperlis.blogspot.com untuk menyemak status pendaftaran.











0 comments: