|
TEMPAT : SEKOLAH MENENGAH BANDAR SUNGAI PETANI
JALAN PAHLAWAN (JALAN KE SWISS INN HOTEL)
KATEGORI :
1. TERBUKA
2. BAWAH 18 TAHUN
3. BAWAH 12 TAHUN
1. Format pertandingan.
1.1 Pertandingan dijalankan mengikut system Swiss dalam 7 pusingan.
1.2 Kesemua pertandingan dijalankan secara individu.
2. Syarat-Syarat Penyertaan
2.1 Peringkat umur pertandingan ialah :
2.1.1 Kategori Terbuka.
2.1.2 Kategori Bawah 18 tahun.
2.1.3 Kategori Bawah 12 tahun.
2.2 Penyertaan terhad kepada 200 peserta sahaja.
2.3 Pendaftaran pemain adalah terbuka (Lelaki dan Wanita).
3. Sistem Pertandingan
3.1 Semua perlawanan akan dijalankan mengikut sistem Swiss 7 pusingan dan pemain teratas diisytiharkan sebagai juara.
3.2 Satu undi bebas akan dijalankan untuk menentukan nombor pemain supaya “ pairing “ dan jadual dapat disediakan.
3.3 Pemain yang disebut dahulu akan memulakan perlawanan dengan buah putih.
3.4 Masa permainan akan diberikan selama 25 minit seorang sehingga tamat. Masa menunggu “waiting time“ adalah selama 15 minit sahaja. Pemain yang datang selepas masa ini akan dikira kalah “lost on time”.
Masa Aktiviti
8.00 – 8.50 pagi Ketibaan peserta dan pengesahan pendaftaran
9.00 – 9.50 pagi Pusingan 1
10.00 – 10.50 pagi Pusingan 2
11.00 – 11.50 pagi Pusingan 3
12.00 – 12.50 tengah hari Pusingan 4
12.50 – 1.50 tengah hari Rehat/Makan/Solat
2.00 – 2.50 petang Pusingan 5
3.00 – 3.50 petang Pusingan 6
4.00 – 4.50 petang Rehat/Makan/Solat
5.00 – 5.50 petang Pusingan 7(Akhir)
6.00 petang Perasmian Penutup
6.15 petang Cabutan Bertuah dan Penyampaian Hadiah
7.00 petang Majlis Bersurai
5. Menarik Diri Atau Menyerah Kalah
5.1 Menarik diri (Walk over) tidak dibenarkan. Jika ianya berlaku, peserta yang berkenaan di anggap menarik diri dari keseluruhan pertandingan.
5.2 Keputusan – keputusan pertandingan yang terdahulunya bagi pasukan atau peserta yang berkenaan tidak diambil kira.
6. Sistem Pemutus
6.1 Pemain yang mendapat jumlah mata yang tinggi pada pusingan akhir dikira pemenang.
6.2 Jika jumlah mata sama, sistem pemutus berikut diguna pakai:
6.2.1 Sistem BUCHHOLZ.
6.2.2 Sistem MEDIAN BUCHHOLZ
6.2.3 Sistem PROGRESS
7. Etika Pemain dan Syarat Pertandingan.
7.1 Setiap peserta dikehendaki memakai kasut.
7.2 Pakaian haruslah kemas dan sopan. Pemakaian seluar pendek tidak adalah dilarang.
7.3 Telefon bimbit hendaklah dimatikan atau ditukarkan kepada nada gegaran. Peserta adalah dilarang untuk menjawab panggilan semasa dalam perlawanan.
7.4 Peserta tidak dibenarkan membuat bising, menghisap rokok, makan, minum atau membawa minuman keras ke dalam dewan pertandingan.
7.5 Setiap peserta hendaklah berada di meja perlawanan apabila jadual perlawanan di paparkan.
7.6 Pemain tidak dibenarkan membuat gangguan semasa lawannya.
7.7 Menunjuk ajar pemain lawan atau rakan adalah dilarang.
8. Bantahan
8.1 Sebarang bantahan atas keputusan pengadil semasa dan selepas perlawanan tidak diterima sama sekali oleh pihak penganjur. Keputusan pengadil adalah muktamad.
8.2 Sebarang bantahan mestilah dihantar secara bertulis kepada Urus setia dan hendaklah diterima dalam masa 15 minit selepas tamatnya perlawanan yang berkenaan berserta wang cagaran RM 500. (Ringgit Malaysia : Lima Ratus Sahaja) Wang ini tidak akan dikembalikan sekiranya bantahan itu gagal.
Hadiah :
Sebarang Pertanyaan Boleh Hubungi :
1. En. Mohd Hafez b. Kamarudin --TELEFON : 019-5449082 (9.00am-4.00pm)
(Penyelaras Pertandingan).
2. Pn. Rohani Bt Hat --TELEFON : 012-6837747 (9.00am-4.00pm)
(JK Pendaftaran Pertandingan)
Email : chessclub2011@gmail.com
BORANG YANG LENGKAP BOLEH DI HANTAR MELALUI :
EMAIL: chessclub2011@gmail.com
Faks : 04-4230840
SMS dengan menyertakan : Nama , Kad Pengenalan Dan Kategori Pilihan
ke No. 012-6837747
Tarikh TUTUP PENDAFTARAN adalah pada 27 JANUARI 2011 (KHAMIS).
Maklumat pertandingan boleh layari melalui laman web Syed Chess.com
Yuran penyertaan hendaklah dibayar pada hari pertandingan 29 Januari 2011
(Sabtu).
Pendaftaran lewat (selepas 27 Januari 2011) akan didenda sebanyak RM 5.
Borang penyertaan: click di sini