Intro

Shoutbox

Showing posts with label Percak. Show all posts
Showing posts with label Percak. Show all posts

Saturday, January 23, 2010

Mesyuarat Ahli Jawatan Kuasa Percak 2010/2011

Pada 23/01/2010 bertempat di Radix FC , Bandar Laguna Merbok, Sungai Petani telah diadakan mesyuarat untuk jawatan kuasa PERCAK ( Persatuan Catur Kedah) 2010/2011. Perkara-perkara yang dibincangkan:

1- Melantik Ahli Jawatankuasa Percak 2010/2011:

  • Presiden- En. Yahaya Ahmad
  • Naib Presiden- En. Ahmad Fuad
  • Bendahari- Cikgu Rahman
  • AJK: En Amri Ibni Hajar & En. Alias Hanafi
2- Berbincang mengenai pertandingan yang akan dibuat oleh Percak
  • Pertronas Fertilizer Gurun ( March 2010)
  • Giant Kulim ( Mei 2010)
  • MRSM Merbok
  • Selection untuk National Closed 2010
  • Inter-state Chess Champioship
  • Kedah Closed
3- Menghantar pasukan memasuki pertandingan'
  • USM Team Event ( 30 & 31 Jannuari)
  • UTP Open  (21 Februari 2010)
Selain dari perkara-perkara diatas turut dibincangkan mengenai keahlian Percak. Keahlian Percak di buka kepada semua peminat-peminat catur dengan mendaftar kepada Percak, yuran yang di kenakan sebanyak RM30.00 . Keistimewaan menjadi ahli ialah, diskaun apabila menyertai mana-mana pertandingan yang di anjurkan oleh PERCAK. Ahli-ahli berkemungkinan menyertai rombongan Percak ke pertandingan-pertandingan luar dari Kedah ( cth: Penang, KL, Selangor , Bangkok dll)
Perkara-perkara lain yang dibincangkan ialah mengenai catur dalam MSSM ( Kemungkinan besar dapat dimasukkan kembali dalam kalendar MSSM sekiranya mempunyai dana yang cukup).
Tuan Presiden juga turut memberitahu mengenai pertandingan-pertandingan National Rated perlu kelulusan dari MCF terlebih dahulu ( pemohonan sebulan awal dari tarikh kejohanan) dan tuan presiden sendiri ditugaskan oleh MCF untuk menguruskan aktiviti catur di wilayah utara ( Perlis, Kedah, P.Pinang dan Perak). Pertandingan-pertandingan National Rated di utara perlu dirujuk kepada Encik Yahya terlebih dahulu. Berita-berita lanjut mengenai Percak boleh lawati Blog Percak : http://percak.blogspot.com/

Monday, January 18, 2010

Keputusan Pertandingan Catur Hari Keputeraan DYMM Sultan Kedah

17 Januari 2010 telah berlangsung pertandingan catur sempena hari keputeraan DYMM Sultan Kedah bertempat di D'Vista Hotel, Sungai Petani anjuran Jaffolea Chess Club. Pertandingan ini mendapat sambutan yang mengalakkan dari para peserta. Peserta-peserta terdiri dari pemain-pemain tempatan , Pulau Pinang, Selangor, Terengganu dan lain-lain...Selain itu turut diadakan juga AGM untuk Persatuan Catur Kedah (PERCAK) untuk memilih pemimpin-pemimpin baru untuk menjalankan aktiviti PERCAK pada tahun 2010( Akan diumumkan dalam masa terdekat muka-muka pimpinan baru ini). PERCAK merupakan persatuan catur negeri Kedah yang diiktiraf mengantikan persatuan catur negeri yang telah lama terkubur.

Pemenang bagi kateogori terbuka:
1.Tan Khai Boon
2.Evan Timothy Capel
3.Lim Zhuo Ren
4.Abdullah Che Hassan
5.Ian Udani
6.Muhammad Arshad
7.Ismail Ahmad
8.Loo Swee Leong
9.Nik ahmaf Farouqi
10.Mohd Nabil Azman Hisham

Full Result for Open Category (from Chess-result.com): Click Here
Full result under 12: Click Here.

Winners Photos U12,U14,16 and Etc: Click Here

Monday, January 19, 2009

Percak Venue

Percak venue is at Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari, Jalan Pengkalan, Sungai Petani, Kedah.

You can large this map for more easy.

View Larger Map

Tentatif pertandingan.
8.30 pagi Pengesahan penyertaan
9.00 pagi PUSINGAN 1
10.00 pagi PUSINGAN 2
11.00 pagi PUSINGAN 3

12.00 tgh Mesyuarat Agung Kali Pertama
Persatuan Catur Kedah

2.30 petang PUSINGAN 4
3.30 petang PUSINGAN 5
4.30 petang PUSINGAN 6

5.45 petang Majlis Penyampaian Hadiah
Bersurai.

Sunday, January 11, 2009

PERCAK-Persatuan Catur Kedah.

Mesyuarat Agung Kali Pertama Persatuan Catur Kedah akan diadakan pada Sabtu - 24 Januari 2009 Jam 12.00 tengahari.

Tempat : Sekitar Sungai Petani. Tempat pertandingan/ mesyuarat agung dalam perbincangan dan akan dimaklumkan kelak.

Sehubungan itu, pemain dan peminat catur yang berasal/dilahirkan di Negeri Kedah dan/atau bertugas atau pemastautin di Negeri Kedah Darul Aman dijemput hadir untuk menjadi ahli dan bermesyuarat bagi melantik Jawatankuasa Persatuan Catur Kedah.

Sempena mesyuarat tersebut, satu pertandingan catur Kedah Open akan diadakan. Semua hadiah wang tunai dan piala akan disumbangkan/ taja oleh Jaffolea Enterprise.
Pertandingan akan dilangsung dalam 6 pusingan serentak untuk 2 kategori: Kategori Junior untuk peserta bawah 12 tahun dan Kategori Open. Detail hadiah akan diumumkan kemudian.

Tentatif pertandingan.
8.30 pagi Pengesahan penyertaan
9.00 pagi PUSINGAN 1
10.00 pagi PUSINGAN 2
11.00 pagi PUSINGAN 3

12.00 tgh Mesyuarat Agung Kali Pertama
Persatuan Catur Kedah

2.30 petang PUSINGAN 4
3.30 petang PUSINGAN 5
4.30 petang PUSINGAN 6

5.45 petang Majlis Penyampaian Hadiah
Bersurai.

Sumber: Cikgu Ahmad Fuad (019-4208436)