Pada 23/01/2010 bertempat di Radix FC , Bandar Laguna Merbok, Sungai Petani telah diadakan mesyuarat untuk jawatan kuasa PERCAK ( Persatuan Catur Kedah) 2010/2011. Perkara-perkara yang dibincangkan:
1- Melantik Ahli Jawatankuasa Percak 2010/2011:
- Presiden- En. Yahaya Ahmad
- Naib Presiden- En. Ahmad Fuad
- Bendahari- Cikgu Rahman
- AJK: En Amri Ibni Hajar & En. Alias Hanafi
- Pertronas Fertilizer Gurun ( March 2010)
- Giant Kulim ( Mei 2010)
- MRSM Merbok
- Selection untuk National Closed 2010
- Inter-state Chess Champioship
- Kedah Closed
- USM Team Event ( 30 & 31 Jannuari)
- UTP Open (21 Februari 2010)
Perkara-perkara lain yang dibincangkan ialah mengenai catur dalam MSSM ( Kemungkinan besar dapat dimasukkan kembali dalam kalendar MSSM sekiranya mempunyai dana yang cukup).
Tuan Presiden juga turut memberitahu mengenai pertandingan-pertandingan National Rated perlu kelulusan dari MCF terlebih dahulu ( pemohonan sebulan awal dari tarikh kejohanan) dan tuan presiden sendiri ditugaskan oleh MCF untuk menguruskan aktiviti catur di wilayah utara ( Perlis, Kedah, P.Pinang dan Perak). Pertandingan-pertandingan National Rated di utara perlu dirujuk kepada Encik Yahya terlebih dahulu. Berita-berita lanjut mengenai Percak boleh lawati Blog Percak : http://percak.blogspot.com/
0 comments:
Post a Comment